Nuffnang Ads

Monday, May 28, 2012

Dia Maha Mendegar..

Tuhan sentiasa dengar suara hati aku...
suatu hari aku teringat akan seorang sahabat baik aku...hubungan aku dengan dia tak berapa baik sejak tahun lalu kerana sebab tertentu...dia suka memaksa..aku pulak pantang kena paksa! Jadi..aku berkecil hati dengan dia....dan buat keputusan untuk menyepi seketika daripadanya...bukan sebab aku tak suka atau marahkan dia...tapi aku mahu dia lupakan 'isu' itu buat seketika...kalau dia hubungi aku semata-mata nak ungkit isu tu..dan nak paksa aku....aku jd tak ada mood nak melayan karenah dia.

Rasanya dah agak lama aku menyepi...tak hantar khabar berita pun utk dia...dia pun sama....pernah aku sms kepada dia...tapi asyik sending failed. merajuk ke dia? sepatutnya akulah yg merajuk kan...tapi dia pulak hehe. Aku tak pernah simpan rasa marah tu..jauh sekali nak benci atau dendam...aku tahu niat dia baik..cuma caranya aje yg salah...tak kisahlah....tapi bagaimana aku nak hubungi dia? asyik tak dapat je...

suatu hari..bila aku duduk kat sofa..kemudian fikiran aku pun teringatkan sahabat aku tu...dalam hati aku menyebut.."Ya Allah...dia tetap sahabatku....walau apa pun yang terjadi."

Malam tu...tiba-tiba saja aku dapat sms daripada satu no. yg aku tak kenal..dan tak pernah tgk. Tapi sms tu dah cukup buat aku tersenyum kerana aku kenal sangat dengan pengirimnya. "Hai as-salam Syen.." panggilan syen tu hanya dia ajer yg panggil aku...xdak siapa-siapa dah...jd memang senang nak cam yg sms tu daripada dia. Nampaknya dia dah tak merajuk....dah anak 3 pun nak merajuk apa lagi kan hehehe..tapi dia still dok sebut pasal 'isu' tu lagi...tapi aku buat donno jer :)

Ya Allah...Kau selalu dengar suara hati ini...tak perlu aku meminta...Engkau sudah memberi sahabatku semula...

Friday, May 25, 2012

Jangan pernah Jemu...

Aku pernah mendengar..pernah membaca...kalau kita mahu seseorang itu berubah, kita kena terus menerus doakan orang itu. Kita kena berdoa tanpa putus asa..kita kena yakin yang Allah mampu mengubah hati hamba-hambaNya kerana hati-hati manusia adalah dalam genggaman Allah s.w.t. Kalau kita sayangkan orang itu...teruskanlah berdoa untuknya kerana Allah...bukan kerana diri kira...bukan kerana sesiapa...tapi kerana kita sayangkan dia kerana Allah...dan kita perlu menangis ketika meminta kepada Allah agar berikan hidayah kepada mereka...kerana tangisan merupakan tanda keikhlasan hati. Tak ada yg mustahil kerana Allah Maha Berkuasa...untuk merubah hamba-hambanya menjadi baik bukan sesuatu yg sukar atau payah pada Allah...Dia berkuasa atas tiap-tiap makhluknya...kenapa kita perlu meraguinya? tanamlah keyakinan yang teguh...mungkin doa kita itu tidak terlaksana sekarang atau dalam waktu terdekat tetapi insyaallah...one fine day...Allah pasti akan mengkabulkan doa kita itu. Bukankah Rahmat Allah itu lebih luas dari kemurkaannya? Percayalah pada Allah 100%....lihat sjalah pada kisah Saidina Umar Al-Khattab....bukankah beliau dulunya seorang musuh Islam...tetapi Allah memberi beliau hidayah sehingga beliau telah menjadi tunggak kekuatan kepada Agama Islam! Tak ada yg mustahil pada Allah...kita sebagai orang Islam..teruslah berdoa pada sesiapa sahaja dan pada semua orang yg kita sayang...kita sayangkan mereka kerana itu kita tak mahu melihat orang-orang yg kita sayang masuk dalam neraka....jangan pernah putus asa...kerana Allah tak pernah jemu dengan doa hamba-hambaNya. Insyaallah..amin.

Wednesday, May 23, 2012

Sekejap Sudah

Sekejap ajer dah masuk bulan Rejab..pejam celik...dah nak masuk bulan Jun! Wow...bulan Jun..huhu...aku dah mula gelabah biawak...kekadang rasa tensi...sebab awal bulan Jun aku akan menghadapi Final Exam! Rasa cam nak pitam bila teringatkan peperiksaan yg bakal aku duduki. Cepatnya dah setahun aku jd pelajar. Pelajar yg agak malas dan lembab...huhu...td jumpa pensyarah mintak tips..hehe...aku risau sebab aku ni tak pandai..dah tak pandai..malas pulak tu..adoyai...

Sekarang ni dah tak ada masa nak seronok2 atau enjoy...oklah...doakan aku berjaya dalam peperiksaan yg bakal aku duduki pada 4 Jun nanti ya. 10 subjek semuanya! Rasa cam nak ambik spm pulak bila ambik banyak2 subjek mcm ni hahaha.

Ok..chow chin chaw! Assalamualaikum.

Friday, May 18, 2012

Solat

Petang-petang, semasa waktu balik dari kerja..aku suka sangat dengar radio IKIM.FM. Terutamanya rancangan biacara muamalat bersama ustaz Zaharuddin, juga rancangan Mukmin Profesional bersama Ustaz Pahrol, dan juga rancangan Islam Agamaku...rancangan yg menceritakan kisah2 mualaf memeluk agama Islam serta pengalaman-pengalaman mereka.

Semalam, time balik kerja..tengah drive macam selalu aku dengar rancangan Islam Agamaku. Tetamu jemputan kali ni ialah ustaz Abid Leo. Subhanallah...kisah ni sangat mengahrukan perasan sanubari aku. Aku kira bukan aku seorang saja yg sebak dengar tapi mungkin semua yg mendengar akan sebak. Ustaz Abid bercerita tentang kisahnya yang seorang Islam, keluarganya memeluk Islam tetapi mereka tak pernah bersolat. Mungkin boleh dikatakan Islam hanya pada nama. Dia tak pernah sekalipun bersujud pada Allah...ayahnya juga begitu, ibunya juga serta adik beradiknya. mereka hanya memeluk Islam tetapi jauh sekali mengamalkannya.

Cerita tentang Hidayah yang datang ke dalam kehidupannya bermula ketika dia di zaman sekolah. Setiap hari pergi sekolah, ada seorang guru matematik (kalau tak silap) yang mengajar kelasnya, guru tu sebelum memulakan kelas akan memberikan sedikit nasihat / tazkirah utk pelajar-pelajarnya. suatu hari gurunya itu menceritakan pada anak2 muridnya tentang Solat. Kata cikgu tu...orang yg tidak bersolat atau yg meninggalkan solat akan berdiam di dalam neraka selama satu huqub. Dan satu huqub tu bersamaan 80 tahun di dunia (kalau aku tak silap). Dan akan tertulis namanya pada pintu neraka yg dia pasti memasukinya.

Ketika mendengarkan cerita cikgu tu..maka ustaz pun mulalah menangis kerana mengingati yang dirinya tak pernah bersujud pada Allah. malah dia tak tahupun cara utk bersolat. Dia menangis kerana memikirkan yang ayahnya tak pernah solat, ibunya, adik beradiknya....dan dia kata sedih sangat2 sebab bila fikir yg dia akan masuk neraka, ayahnya..ibunya....kerana itu dia menangis. Suara ustaz tu sebak dan sayu....aku pun turut sedih bila dengar.

Bila cikgu tu dengar dia menangis..cikgu tu datang kepadanya dan tanya kenapa dia menangis. Lalu ustaz abid pun cakap dia menangis sebab dia tak pernah solat dan tak tahu solat...dia menangis sebab dia rasa yg dia akan masuk neraka. Dia menangis kerana memikirkan ayah ibunya juga tak solat. Mereka tak pernah solat. Tak pernah amalkan Islam. masa balik..cikgu itupun ikut dia balik ke rumah. Kemudian cikgu tu pun ajarkanlah ustaz bersolat. kata ustaz tu...walaupun dia tak tahu, dia belajar dengan cikgu tu bersolat. Tiap-tiap hari dia menangis kerana memikirkan kesian dengan ayah dan ibunya yg tak pernah solat. Dia kesian sangat2. Tiap-tiap malam dia solat dan baca buku hadith (munthkab Hadith) yang diberikan oleh cikgu tu utk dia. Dia baca dengan adik2 dia. Ayahnya duduk kadang2 dok baca paper cina....setiap hari dia doakan ayah dan ibunya. Suatu hari...selepas dia membaca hadith dengan adiknya....ayahnya datang dan berkata.."bolehkah kamu ajar ayah bersolat?" betapa terharunya ustaz tu....betapa hibanya dia bila ayahnya meminta agar dia mengajarkan ayahnya cara bersolat.

Sejak tu..dia bersolat 2 kali..sekali masa di masjid...sekali lagi kat rumah utk ajarkan ayahnya. Kata ustaz abid...apabila kita tgk orang-orang kafir...orang orang yg tidak solat....kita patut kesiankan mereka. Kita tak patut hina atau marahkan mereka..tetapi kita patut ada rasa sifat kesiankan mereka...kerana mereka tidak dapat hidayah. Ada sesetengah orang hanya rasa cemburu bila lihat orang-orang kafir ada segalanya...ada rumah besaq, kereta besaq..bisnes maju...dan mula berkata yg bukan-bukan sedangkan mereka tak sedar sebenarnya menjadi orang Islam...walaupun tak kaya, walaupun tak ada bisnes yg besar2 tetapi kita ada nikmat Iman, suatu nikmat yg tak ada pada orang-orang kafir. kita patut kesiankan mereka...patut doakan mereka supaya diberi hidayah Allah..bukan menghina dan cemburu dengan mereka kerana kalau nak banding mereka dengan orang Islam...orang Islam amat beruntung kerana ada nikmat Iman dan Islam. Orang-orang kafir walaupun mereka ada segalanya...tetapi mereka tak ada suatu perasaan tenang..tenteram...perasaan itu adalah iman. kata ustaz tu....dia selalu menangis...bila tgk orang bukan Islam...dia akan menangis dan mendoakan mereka diberi hidayah. Bila tgk orang tak solat...dia akan sedih dan menangis kerana kesiankan mereka.

Memang sebak dengar cerita ustaz abid leo ni. Seolah-olah terasa perasaan sayangnya dia pada umat manusia hari ni. Memang benar...betapa ramainya orang-orang Islam tak bersolat dan tak tahu solat pada hari ini. Sungguh kesian pada mereka...kerana mungkin mereka tak tahu, tak sedar yg keadaan itu boleh mengumbankan mereka ke dalam neraka. Kata Ustaz tu..bila kita sayangkan seseorang, dan kita nak ubah orang tu supaya jd baik...perkara pertama sekali kita kena menangis. Kita kena menangis kepada Allah kerana kita kesiankan mereka...kerana kita sayangkan mereka dan kita tak tahu apa yg patut kita buat utk mereka....kita menangis pada Allah dan tanya pada Allah..Ya Allah...apa perlu aku buat? apa perlu aku buat utk ubah manusia ini jd baik...supaya dia solat....kita kena berdoa sambil menangis pada Allah. Kerana Allah akan beri hidayah pada hati hamba-hambanya yg ikhlas dan lembut. Orang yg lembut ialah orang yg mudah menangis. Kita kena selalu menangis mintak Allah berikan hidayat pd mereka. Itulah kata-kata ustaz tu.

Ustaz kata..Islam adalah praktikal. Islam adalah bergerak dalam kehidupan ini. Kalau kita nak Islam datang kepada semua manusia...kita kena banyakkan berdoa supaya Islam datang kepada semua manusia seluruh dunia krn Allah berkata bahawa suatu hari nanti sebelum kedatangan kiamat...seluruh dunia akan ada orang-orang yang baik dan Islam. Bermakna...akan tiba suatu zaman dimana Islam tersebar seluruh dunia dan akan ramai orang yg memeluk agama Islam. Masyaallah! Ya Allah...berikanlah hidayat Mu kepada seluruh manusia di muka bumi Mu ini...amin...Insyaallah. Maaflah..bukan semua yg ustaz abid cakap tu aku dapat ingat semuanya...aku tulis dan kongsikan ini berdasarkan kepada apa yang aku dengar dan faham...Insyaallah. Wallahu'alam.

Thursday, May 17, 2012

Sambungan Pesta Buku

Hai..assalamualaikum!
Masa ni perjalanan nak ke Pesta buku 2012 pada 30 April 2012. Pergi naik KTM ajer..sambil ditemani adik aku, kami naik di stesen batu caves ke Putra.
memilih utk naik Koc Wanita..lebih selamat aku rasa.

 Disana sempat berjumpa dengan Kak Nik Fauziah, Kak NB, juga aku luangkan masa dengan Kak Aina Emir. Lepas pusing-pusing cari buku untuk ayah aku..sebenarnya amat payah nak beli buku kat ayah aku sebab dia agak cerewet...jenuh jugaklah aku cari buku yg kena dengan jiwa dia tuh. Dapat beli Buku 66 Sahabat yang Dicintai Rasulullah dan juga Bibliografi Ulama India. Alhamdulillah...dia cakap buku tu bagus.
Bersama sahabat tersayang Adina Deen...sempat jugaklah kami posed dekat potret Dato' Najib nih.
  Bila kat luar dewan pun masih gedix nak bergambar haha...bila lagi kan?

 
Kesian kawan aku ni...kereta dia buat hal...sib baik dah ok...tu yg bertampal tu lawak gila kot...mana boleh dia tak perasan! Thanks DD coz u banyak kali tolong hantar i ke jalan TAR...really appreciate it!

Masa gi jalan TAR...aku bershopping tak ingat dunia..jalan sampai nak tercabut tumit kaki. Masuk dalam SOGO..masyaallah..punyalah ramai manusia. Tak sanggup aku nak berhurung sama kat situ..aku ajak adik aku gi minum kat food court sementara menanti kedatangan sepupu aku Ismail yang entah ke mana time tu. Dalam hati dah plan nak ke RSMY untuk makan Cheese Nan dan juga jumpa Kak Idasm.

Pukul 10 malam lebih baru Ismail datang amik kami depan SOGO...dah macam pelarian pulak aku rasa bila dok lepak2 tengah2 malam kat depan SOGO tu. Akhirnya dapat jugak jumpa kak Idasm dan juga merasai cheese nan dia. Memang sedaplah..terbaik!!! Duduk berborak2 dengan kak ida sampai restoren pun nak tutup dah. Terima kasih kak ida kerana sudi melayan kami dari penang!

Malam tu..Ismail bawak aku dan adik pusing2 KL...dia tunjukkan keadaan kota raya pada malam hari...jalan bersesak2 macam siang hari kerana semua kereta2 tu nak ke kelab malam yg berderet2 tepi jalan. Huhu....dasyat gila jalan jam time tu!

Oklah..nanti aku sambung lagi kalau rajin. :)


Wednesday, May 16, 2012

Pesta Buku 2012

Gambar-gambar di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2012. Teruja dan sangat gembira dapat bertemu dengan penulis-penulis novel yg tersohor. Mereka sangat baik dan humble...

Bersama Aina Emir Penulis Novel Sesuci Cinta, Kau Laksana Bulan, Matahariku, Terbanglah Sayang dan yang terbaru Pukul 3 Pagi.


Bersama Eka Fahara, penulis novel Alaf 21. Novel beliau Kabus Kasih, Jawapan Yang Pasti, Sayang Sepenuh Hati dan yang terbaru Jujur Aku Setia.

Bersama Norhayati Berahim, Penulis NBKara. Antara novel beliau ialah Dari Milan ke Maran, Aku Bukan Billy Milligan, Chinta dan yang terbaru Roti Canai salad Taco.



Bersama Kak Nik Fauziah Penulis Majalah Muslimah.

Ok...ada banyak gambar lagi...tapi nanti2 lah baru nak letak. Will update soon. Bye!

Friday, May 11, 2012

FB

Assalamualaikum,

Yes..i deactivated my fb. Kali ni mungkin untuk selamanya kot. Rasanya cukuplah untuk aku...sekarang bukan masanya lagi utk facebook kerana aku rasakan ada sesuatu yg menggangu hidup aku sejak aku berfb ni. Serius...kekusyukkan aku juga sering terganggu. Produktiviti kerja menurun...menjadi lebih bz body kerana selalu jugak sibukkan nak tahu hal semua orang, takut juga terkena penyakit riak...takut juga aku menjadi manusia yg muflis di akhirat nanti kerana pahala terpaksa diberi pd orang lain...nauzubillah. Takut dan risau akan pandangan mata....hati..dan juga risau akan keadaan iman yang naik turun.

Aku ada membeli buku Dr. zaharuddin tentang facebook....dan apa yg ingin aku katakan..mungkin aku tak cukup kuat untuk menepis segala dosa2 yg dibangkitkan dalam buku tu berbanding manfaat dan juga pahalanya...Allah lebih mengetahui.

Oklah..tak mahu berceloteh panjang....kemungkinan tiada hari esok untuk kita kerana mati itu bila2 sahaja akan menjemput...tak mahu membuang masa yg telah terbazir beratus-ratus jam sehari untuk perkara yg sia-sia...dan juga tak mahu menzalimi diri sendiri. Demi Masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian...

Sehingga berjumpa lagi Insyaallah.